Dunia

Ulasan : Kisah Seram Hospital (2020) - Astro Citra

Adam mengalami kemalangan dan ditempatkan dalam sebuah wad. Perkenalan dengan Faizal membuatkan mereka berkongsi kisah seram namun kehadiran jururawat Sarah mengubah persepsi Adam pada hantu.



Permulaan cerita terlihat dua orang jururawat dan suasana hospital yang begitu samar dan seakan tidak mempunyai sumber lampu yang mencukupi. Maklumlah asal kisah seram wajib dalam keadaan gelap dan samar kononnya untuk menaikkan rasa seram terhadap penonton.


Kawasan pengambaran seperti tidak hidup dan terlalu jimat kos untuk mengupah pelakon tambahan untuk berlegar kehulur kehilir. Kalau nak bandingkan dengan pengambaran luar negara kita akan dapat melihat setiap pengambaran pasti ada kelibat orang sedang berjalan dan sebagainya.




Jalan cerita sangat membosankan kerana dialog yang terlalu ringkas dan sering diulangi banyak kali contoh "Aku tak percaya H**tu" bla bla bla dan bla bla.


Selepas tu terlalu buang masa untuk bermain pintu, almari, kerusi roda dan nyorok-nyorok bukan itu sahaja h*ntu Sarah tu pun terlalu perlahan untuk berkata-kata disitu jer penonton sudah tertunggu-tunggu apalah yang diorang nak sembang sebenarnya.


Kalau nak ulas bahagian tidak logik tu memang banyak tapi harap janganlah terlalu jimat sangat ketika membuat pengambaran dan upahlah pelakon tambahan lebih sikit supaya nampak suasana yang hidup bukan sunyi sepi.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)