Dunia

Shopee MY Kini Telah Menjadi Kedai Atas Talian Yang Paling Disukai

Sebelum muncul Shopee MY sebenarnya telah banyak pesaing terutama di pasaran Malaysia namun semakin hari pengguna memerlukan beberapa fungsi yang lebih baik sebagai contoh yang sedang trend adalah memiliki kos penghantaran percuma.



Seterusnya membenarkan sesiapa sahaja untuk berniaga tidak kira memiliki pendaftaran syarikat (SSM) atau tidak. Namun seeloknya lebih ada SSM supaya memperolehi kepercayaan yang tinggi dari pelangan.


Tahukah anda kini pasaraya, bengkel, kedai kasut, kedai baju dan pelbagai lagi sudah boleh didapati dari platform Shopee MY bukan itu sahaja ia juga dapat memberi kebaikan kepada pengguna kerana dapat membuat perbandingan harga termasuk kos penghantaran.



Platform jenama ini sudah diperluaskan hampir diseluruh Asia terutama China, Indonesia (Shopee ID) dan lain-lain yang bakal menyusul. Ini adalah satu startergi pemasaran oleh penyedia platform bagi tujuan merangsangkan ekonomi antara negara masing-masing dan ia telah membuka peluang perniagaan atas talian kepada rakyat di setiap negara yang terpilih.


Soalnya adakah peniaga atas talian masing-masing mempunyai keberanian untuk bersaing harga barangan mereka atau pun ikutkan sahaja harga pasaran atau dropship yang ditetapkan? Maka tepuk poket tanya selera sama ada nak untung sikit tapi ada jualan atau nak untung banyak tapi tiada jualan.


Apa pun kami turut harap ada platform kedai atas talian yang sudi muncul untuk bersaing dan menawarkan beberapa benefit yang lebih baik dari yang sedia ada supaya tidak di monopoli oleh sesiapa.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)