Dunia

Ulasan : Filem RATU KALA JENGKING (2020) Adaptasi Dari Kisah Lagenda Cik Siti

Pengarah filem tempatan mungkin sudah kekeringan idea atau sayang terhadap kisah lagenda yang tidak berapa begitu penting pada ekonomi semasa.



Filem ini sedikit sebanyak sama seperti kisah lagenda cik siti yang dikatakan telah berkahwin sebanyak 100 orang lelaki tapi 99 semuanya mati.


Kisah filem ini sebenarnya ingin menyampaikan mesej tapi pada kami ia bukanlah penting sebabnya permulaan scene sahaja sudah ada pasangan berbasah didalam sungai serta wanita dalam sungai tu pun separuh bogel iaitu telah menonjolkan dada sehingga bahu.



Kami tidak mahu tangkap muat scene tersebut sebab risau jika pelakonnya suatu hari nanti ingin bertaubat tak sempat pula kami nak cari posting ni balik untuk padam gambar dia.


Watak utama ini dikisahkan mempunyai wajah yang hodoh berbanding rakan-rakan sekampungnya, setelah sering dijatuhkan oleh rakan sekampungnya berkaitan kecantikan kalau dalam bahasa english ia dipanggil body shaming haa gitu.


Jadi watak utama ini pun membawa diri ke hutan mencari bomoh atau nenek kebayan untuk pelajari ilmu persilatan mahupun ghaib demi kembalikan kecantikan dia tapi ia bersyarat.


Haa bahagian ini adalah mesej tersembunyi iaitu syarat yang nenek kebayan tu pesan kepadanya adalah mentaati ibubapa(orang tua) dan jangan sesekali melawan atau meninggikan suara. Jika perbuatan jahat itu berlaku ia bakal menerima hukuman sumpahan haa dari situlah kisah dia bermula asal kahwin je laki dia mati sehinggalah semuanya yang ke 100 barulah berkekalan kerana menurut sumber lagenda cik siti ini adalah suami dia yang ke 100 adalah orang yang berilmu agama.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)