Dunia

Ulasan : Filem JODOH SYAITAN (2020) Nampak Syirik Tapi Lawak

Palakon dalam filem ini semuanya hebat belaka dan memang terbaik kerana ia ada unsur seram komedi maka tidaklah kami terasa seram melampau.



Filem ini tiadalah mesej yang menarik kecuali sekadar buat gelak ketawa sahaja kerana pelakon memiliki watak komedi dari seram terus jadi tidak seram.


Awal kisahnya bomoh kampung telah terlepas belaan dia selepas dipaku, tidak lama kemudian ibu kepada Soffi Jikan dalam filem ini telah menemui seorang wanita pengsan semasa di pulang dari solat subuh di masjid.



Wanita itu telah dibawa pulang olehnya dan tidak lama kemudian anak lelaki dia pulang dari kota kerana telah putus cinta lalu setibanya di kampung maknya telah memperkenalkan seorang wanita yang telah dijaga. Namun indentiti perempuan itu gagal dikesan oleh maknya(Dah macam tiada balai polis pula).


Filem ini seram komedi tapi banyak perkara tidak boleh diterima akal setelah mendapati palakon utama Soffi Jikan berkahwin dengan wanita yang dijumpai oleh ibunya. Apa yang kami terfikir tak kan nikah tanpa kad pengenalan pengarah filem woii..!


Setelah sekian lama mereka bernikah akhirnya sahabat sekampungnya hadir untuk cuba memberitahu hal sebenar bahawa isteri atau wanita yang ibu dia jumpai itu adalah hantu(syaitan) milik bomoh kampung yang telah kehilangannya sekian lama.


Ia disebabkan rakan sekampungnya itu adalah orang suruhan bomoh itu dan mereka jugalah yang telah banyak membantu bomoh itu menggali kubur dan sebagainya untuk mencari sumber.


Akhir kisah isterinya itu telah mencabut sendiri paku di kepalanya yang di tukul oleh bomoh itu pada awal filem dimainkan dan cerita tammat.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)