Dunia

Pasangan Suami dan Isteri Dalam Melayari Bahtera Rumah Tangga

Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki yang buruk untuk wanita buruk; manakala wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (An-Nur 24: 26)



Isu-isu yang melibatkan kehidupan suami dan isteri sebenarnya cukup luas. Seseorang boleh menulis beberapa buah buku mengenainya. Namun, saya hanya ingin berkongsi beberapa isu utama dalam perhubungan suami dan isteri yang sering berlaku.


1. Terimalah pasangan (suami/isteri) kita seadanya.

Bersyukur dengan kelebihannya dan bersabarlah dengan kekurangan dirinya. Ramai daripada kita yang beras tidak bahagia malah kecewa dengan pasangan suami atau siteri masing-masing. Kadang-kadang perkara yang menjadi punca rasa tidak bahagia itu adalah suatu perkara yang kecil sahaja.



Suami biasanya banyak complain mengenai isteri yang suka berleter. Saya amat tertarik dengan kata-kata Yang Berbahagia Ustaz Badli Sahh Alauddin dalam satu rancangan televisyen mengenai isteri berleter. Beliau berkata, ‘Kalau isteri berleter, maknanya dia sihat!.


Isteri yang sekali sekala dapat berleter akan berasa lega kerana tidak lagi menyimpan bebanan perasaan, semuanya sudah diluahkan. Alangkah baiknya jika suami-suami di luar sana bersetuju dengan kenyataan ini. Sekurang-kurangnya anggaplah leteran isteri itu sebagai ‘pemanis telinga’.


Akhirnya, marilah kita menerima pasangan kita seadanya. Bersyukur dengan kelebihannya dan bersabarlah dengan kekurangan dirinya. Di samping itu, sama-sama berikhtiar memperbaiki kelemahan masing-masing.


2. Isu persefahaman

Persefahaman bukanya persamaan. Persefahaman adalah keupayaan unutk mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara diri kita dan pasangan serta boleh menyesuaikan diri dan bertolak ansur dengannya.


Kita bukan berkahwin dengan kembar siam. Kita berkahwin dengan berlainan jantina, berlainan ibu bapa dan latar belakang hidup. Kejadian dan sifat orang lelaki dan wanita itu sendiri banyak berbeza. Apabila orang perempuan mengalami masalah, dia gembira jika si suami memujuknya dan memberikan kata-kata semangat.Persefahaman wujud apabila kita saling menghormati persamaan dan perbezaan masing-masing serta bertolak ansur dengannya.


3. Memaafkan dan melupakan

Memberi kamaafan itu jauh lebih mendamaikan jiwa dari menyimpan dendam. Selalunya pasangan kita sedar kesilapan dirinya. Namun lumrah manusia, ada egonya juga. Kenapa kita sering kali memilih yang sukar dan payah sedangkan ada pilihan yang lebih mudah dan membahagiakan?.


Justeru, kita hendaklah memilih untuk menjadikan amalan meminta maaf dan memaafkan itu sesuatu yang ‘mudah dan biasa’. Insya-Allah dengan sendirinya kita tidak senang duduk apabila berlaku selisih faham dengan pasangan sebelum salinhg bermaafan. Dengan berbuat demikian, jiwa kita juga akan terasa lebih lapang, tenang dan bahagia.


4. Berburuk sangka

Wahai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakkan daripada prasangka sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan oranglain dan janganlah ada antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. (Al-Hujurat 49;12)


“Sukarnya untuk mengelak terus daripada bersangka yang bukan-bukan terhadap suami,” keluh seorang kawan. Saya juga secara jujur kadang-kadang terbabas dengan ‘hasutan’ yang serupa. Apabila keadaan sedemikian berlaku, cepat-cepatlah kita beristightar memohon keampunan daripada Allah dan berdoa agar sangkaan kita itu tidak benar dan tidak berlaku.


Pilihlah untuk ringankan fikiran dengan bersyukur, memaafkan, melupakan kesalahan pasangan,berbaik sangka dan berdoa. Marilah kita sama-sama kalahkan syaitan yang cuba menghasut untuk meruntuhkan institusi perkahwinan yang kita bina.


Kesimpulannya

Akhir sekali bersama kita merenung untuk berusaha menjadi isteri atau suami yang terbaik untuk pasangan kita. Bersyukurlah dengan keadaan pasangan kita di samping kita memperbaiki kelemahan yang ada. Semoga dengan bersyukur itu, Allah tambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita. Banyaklah berdoa kepada Allah. Pertolongan itu hanya datang daripada Allah seperti firmannya: “Katakanlah, ‘pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memiliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan’.” (Az-Zumar 39:44)


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)