Dunia

Anak-Anak Adalah Amanah Saham Akhirat Yang Dikurniakan Oleh Allah S.W.T

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya si sisi Allah jualah pahala yang besar.(Al-Anfal 8:28)



Anak-anak adalah ujian. Ada anak-anak yang boleh menyebabkan ibu bapanya ke syurga dan begitu juga sebaliknya, ada anak-anak yang boleh mengheret ibu bapa ke neraka. Na’uzubillah.


Pilihlah untuk berasa bahagia denagn bersyukur terhadap apa juga kurnian Allah kepada kita. Sama ada kita memiliki anak atau tidak, memiliki anak perempuan sahaja,memiliki anak lelaki sahaja, memiliki anak yang sedikit atau ramai,semuanya adalah ujian Allah. Redha dan bersangka baiklah kita kepada Allah kerana Dialah yang MAha Mengetahui lagi Maha berkuasa.


Mendidik anak mestilah bersandarkan ajaran agama, di samping itu kata-kata ini mungkin elok kita renungkan juga dalam mendidik anak-anak kita ‘pilihlah untuk mendidik bukan mengherdik, pilihlah untuk bersabar bukan mencabar!’.


Berkomunikasilah dengan anak-anak menggunakan cara yang mudah difahami mereka. Usah menyindir dan berkias-kias yang mungkin menyebabkan anak-anak bukan sahaja tidak memahami mesej sebenar yang ingin kita sampaikan, sebaliknya berasa semakin bosan dan semakin menjauhkan diri daripada kita.


Tiada erti putus asa dalam kamus hidup orang Mukmin. Anak-anak kita mungkin bermasalah hari ini, namun peluang untuk mereka berubah sentiasa ada. Paling penting, teruskan berdoa kepada Allah untuk mendapat anak-anak yang soleh dan solehah.


Bersyukur dengan kurniaan Allah. Jangan kita lupa bahawa diri kita tidak mempunyai kuasa terhadap hasil daripada usaha kita. Sebagai manusia kita mesti berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahu, namun hasilnya adalah mutlak Allah. Kalau

kita faham hal ini, yang ramai anak tidak akan bermegah, yang tiada anak pula tidak akan berasa gundah.


Sebenarnya, sifat manusia itu sendiri sentiasa berkeluh-kesah. Sama-samalah kita beristighfar kepada Allah di atas apa jua kesalahan kita yang lalu berhubung isu anak ini. Kita tidak tahu apakah hikmah di sebalik kurniaan Allah kepada kita. Allah Azza Wajalla jualah yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.


Mari kita sama-sama perhatiakn petikan firman Allah S.W.T ini dengan dada yang lapang serta penuh penghayatan dan keinsafan:


Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya;Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan, dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya, mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. (Asy-Syura 42: 49-50).


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)