Dunia

Malaysia Membenarkan Kedai Makanan & Minuman Beroperasi Mengikut Syarat : Covid-19

PM Muhyiddin Yassin meluluskan kedai makan untuk beroperasi tidak lama lagi tapi ia haruslah mengikut syarat-syarat yang ditetapkan bagi mengelak sebarang penularan.



kempen langkah berjaga-jaga tetap masih sama iaitu menjaga jarak, pekerja harus menggunakan topeng muka. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata sebarang pelanggaran perintah atau syarat akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa dibawah MCO bersyarat dari 4 Mei.


Seperti yang dilakukan di kebanyakkan premis perniagaan yang beroperasi semasa PKP mereka diwajibkan ada pengimbasan suhu badan, manakala meja di kedai makan dan minuman yang bakal beroperasi juga harus berjauhan. Sebelum 4 Mei diminta kedai makan dan minuman sudah bersiap sedia dengan pelbagai kerja-kerja pembersihan dan susun atur di premis masing-masing.



"Tuliskan nama dan nombor telefon pelanggan dan catat masa dan tarikh lawatan mereka ke restoran. Ini penting untuk membolehkan pengesanan sekiranya terdapat kes positif Covid-19 yang melibatkan pelanggan.


"Sekiranya anda masih berhati-hati, jangan makan. Ini mungkin lebih baik," kata Muhyiddin.


Sementara itu sebanyak tiga buah negeri iaitu Perak, Perlis, Kelantan telah menjadi zon hijau kerana tiada pesakit terbaru yang dilaporkan. Rakyat malaysia harus terus cekal dalam menghadapi segala cabaran ketika melalui wabak Covid-19 supaya ekonomi negara kembali pulih seperti sedia kala.


Tidak lupa juga penulis harap masyarakat disarankan tidak membuat perjalanan jauh seperti pulang ke kampung atau keluar negeri kerana kita harus memutuskan rantaian wabak ini secepat yang mungkin.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)