Dunia

Google Memperkenal Cloud Gaming Yang Dipanggil 'Stadia'

Teknologi cloud gaming sudah bertapak lama dan sehingga sekarang mempunyai pelbagai jenama penyedia sehingga Google sendiri turut berkecimpung dengan membina Stadia.


Sekejung.com
Google Stadia

Stadia mengikut peredaran permainan video yang semakin memerlukan spesifikasi yang tinggi untuk merasai pengalaman yang baik semasa bermain video games di telefon.


Malangnya tidak semua pengguna mampu memiliki model telefon mengikut teknologi semasa dimana ia sudah semestinya memerlukan simpanan kewangan yang kukuh.



Walaupun perkhidmatan cloud gaming ini dapat menjimatkan ruang storan telefon kita atau PC ia tetap memerlukan rangkaian internet yang kuat bagi memastikan permainan tidak sangkut atau laging.


Adakah cloud gaming percuma ?

Semestinya perkhidmatan mereka dikenakan bayaran bagi menanggung segala maintenance server dan lain-lain, Google Stadia menawarkan pengalaman gaming serendah $9.99 sebulan manakala ada beberapa syarikat penyedia turut memainkan harga semasa bagi menarik perhatian peminat games.


Oleh kerana Google Stadia masih baru maka ia turut memberi versi percubaan sebelum dikenakan bayaran dan ini adalah kesempatan bagi mereka yang ingin cuba.


Google stadia juga sedang mempertingkatkan gambar kepada 4K dan HDR untuk kepuasan streaming tapi seperti biasa rangkaian internet haruslah di tahap yang maksima.

stadia.google.com






Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)