Dunia

Google Duo Akan Memperkenalkan Ciri Panggilan Video Berkumpulan Dalam Pelayar Web Chrome

Aplikasi sembang video Duo Google tidak lama lagi akan membolehkan anda membuat panggilan video berkumpulan hanya menggunakan pelayar web chrome.


Google Duo

Rancangan pembangunan ini juga dapat membantu pengguna berhubung antara satu sama lain ketika musim Covid-19. Duo juga telah menambah ciri 'mod keluarga' dimana ia membenarkan pengguna melukis di layar secara langsung dan memanfaatkan topeng seperti di Snapchat.


Sekarang ni penulis juga lebih kearah penggunaan Duo berbanding app Zoom yang sedang dapat perhatian umum. Bulan lepas Google mengatakan akan melancarkan codec video AV1 ke panggilan Duo untuk meningkatkan kualiti panggilan.



Duo kini berada dibawah bidang kuasa Javier Soltero yang merupakan VP dan pengurus besar G Suite selepas Google mengumumkan semalam. Ini bermakna dia sekarang mengawasi Duo dan Google Meet iaitu perkhidmatan lain dari Google.


Kita lihat projek sebegini seperti membuang masa kerana tidak kelihatan dimana untungnya, tapi tidak sekali pada mereka yang sedang usaha keras membangunkan aplikasi seperti syarikat Google dan Zoom.



Perlukah Malaysia turut mempunyai sebuah syarikat yang berdaya saing dalam pembangunan aplikasi digital bagi kemudahan rakyat sendiri sepertimana yang dilakukan di negara tanah besar seperti China.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)