Dunia

Apa Perlu Buat Jika Sijil Khusus Kahwin Hilang?

Nak kahwin tapi sijil khusus pula hilang? haaa mengelabahlah kejap. Kena jalani khusus semula ke atau boleh isi borang dan terus dapat salinan?



Kalau sijil khusus hilang atau dihanyut oleh ombak maka yang pertama sekali jika tak nak tanggung kerugian besar untuk daftar semula eloklah korang ingat semula tarikh yang pernah didaftar.


Seterusnya pergi pesuruhjaya sumpah(Muslim) buat akuan mengatakan sijil khusus hilang pada sekian haribulan. Seterusnya bawa surat yang ada cop pengesahan tu ke pejabat yang korang jalani khusus untuk permohonan salinan semula mengikut tarikh dan jangan lupa salinan kad pengenalan sekali jadi tidaklah terkejar-kejar cari mesin photostat jika pejabat minta.



Kalau rezeki korang hari tu buat permohonan jam tu juga dapat salinan tapi apa yang penulis tahu jika urusan berkaitan pejabat agama dan seangkatannya memang memerlukan tempoh minima selama 2 minggu atau lebih.


Jadi pandailah korang buat perancangan yang teliti walaupun kita rasa perkara tu simple tapi pada mereka mungkin benda kerja yang susah maklumlah nak cetak semula.


Setelah tibanya waktu mengambil harga untuk salinan sijil khusus tu sekitar RM10 tapi tak pasti jika ia berbeza setelah posting ini dibuat.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)