Dunia

WhatsApp Akan Berhenti Mengemaskini Pada Beberapa Peranti Lama

WhatsApp akan berhenti berfungsi untuk beberapa peranti lama pada awal 2020 dalam salah satu kemas kini terbesar dalam sejarah aplikasinya.



WhatsApp berhenti mengemaskini dan menyokong aplikasi mereka pada Windows Phone pada hujung tahun ini kerana statistik menunjukkan penggunaan Windows phone amatlah kurang berbanding iOS dan Android.


Manakala sokongan kepada android versi 2.3.7 kebawah juga akan dihentikan bagi memberi fokus kepada versi yang baharu, kepada yang ada niat nak membeli android tablet untuk anak-anak tanpa jenama tu mohon berhati-hati kerana risau tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya app dari playstore.



Versi android 4.0.3 dapati akan terus berfungsi sehingga 1 feb 2020 dan selepas itu pengguna harus melupakan penggunaan playstore dan beralih kepada app pihak ketiga.


Seterusnya kepada pengguna Iphone juga dapati iOS 8 akan diberi sokongan akhir sehingga 1 Feb 2020 manakala tidak berfungsi pada versi rendah dari 8 dan sekurangnya pengguna harus memiliki iOS 9 untuk meneruskan penggunaan WhatsApp.


Kesimpulannya disini WhatsApp dimiliki Facebook dan pesaingnya adalah Telegram yang memiliki pelbagai fungsi menarik yang tidak diketahui ramai.


Seru kepada semua pengguna yang bijak mohon buatlah pilihan sama ada inginkan fungsi lebih menarik atau masih ingin duduk dalam gua sambil menanti perkembangan baru yang dibawa oleh penyedia.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)