Dunia

Ulasan Filem ' 6 Underground (2019) ' - Netflix

Penonton luar negara hingga tempatan sibuk bercerita tentang filem Netflix yang dikatakan mempunyai lakonan aksi ngeri dan ganas yang mampu membuatkan penonton tidak berkelip mata.



Kami tidak berapa pakar memberi ulasan mana-mana filem tapi oleh kerana tertarik dengan marketing mulut ke mulut maka gagahkan juga untuk mencuri masa selama sekitar 2jam 8 minit untuk menyaksikan sendiri lakonan-lakonan hebat yang di kecohkan.


Filem ini tidak keluar di pawagam kerana dimiliki oleh Netflix jadi kalau sesiapa nak nonton tu bolehlah langan akaun atau cari sumber terbuka.



Ada beberapa profile yang mention nama pengarah dia iaitu Michael Bay, namun jika tanya pada kami amatlah tidak kisah pun siapa pengarahnya. Setelah siap menonton filem 6 Underground (2019) mendapati dari mula cerita hingga akhir memang dihidangkan dengan aksi tanpa henti.



Gambaran grafik memang cantik tapi ada satu perkara yang membuatkan filem ini kurang adalah mengenai jalan ceritanya, sejujurnya kami tidak pasti apa yang mereka sedang kejar kerana jalan ceritanya berlalu dengan pantas dan diselitkan sedikit sebanyak asal usul setiap individu yang berada dalam kumpulan.


Anggota kumpulan ini terdiri dari pelbagai bidang kerjaya yang jahat, namun apa yang kami dapati adalah identiti mereka ini telah ditutup dan dilabel telah mati bagi menjalankan aktiviti Underground konon jika salah seorang dari mereka mati tidak perlulah nak kecoh masuk berita dan cari ahli keluarga bagai.


Dalam kumpulan ini juga diketuai oleh seorang billionaire muda dan dibantu oleh pelbagai individu iaitu dari bekas CIA, Pembunuh upahan, Pencuri dan lain-lain.


Akhir kata, cerita ini hanya gempak pada grafik sahaja tapi jalan cerita hancur kerana terlalu kelam kabut. Korang nak tahu filem slow and steady sebagai contoh sila rujuk semula filem John Wick dari mula sampai akhir dan yang terbaru Rambo - The Last Blood. Walaupun pelakon agak dimakan usia tapi slow and steady dan paling penting jalan cerita mesti kena cantik.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)