Dunia

Kucing Bawa Makanan Bagi Kawan, Ingat Tengah Tidur Rupanya Dah Mati


Kisah Rasulullah serba sedikit mengenai sayang kepada haiwan peliharaan kucingnya. Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Bagi mengenai sahabat yang baik, pasti melalui perasaan penuh kecewa dan sedih sekiranya ditinggalkan secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, haiwan juga mempunyai naluri untuk saling kasih mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain dengan berkongsi makanan dan sebaginya.
Baru-baru ini, beberapa keping gambar dua ekor kucing yang dumuat naik netizen tular laman Facebook Group Pecinta Hewan Makassar.


Gambar tersebut memaparkan seekor kucing membawa makanan untuk kawannya kelihatan seakan-akan sedang tidur, malah setelah menghampiri kawannya itu telah mati.


Gambar lain juga menampakkan kucing tidak bernyawa itu ditanam sambil diperhatikan kucing yang masih hidup dalam keadaan berduka.
Tidak dapat berbuat apa-apa kucing bernyawa itu hanya mampu melihat jasad rakannya masuk ke dalam tanah oleh orang awam.


Perkara itu meruntum sanubari bagi sesiapa yang melihatnya malah kucing berkenaan pasti akan berasa kesunyian tanpa ditemani rakannya.


Sumber : Facebook


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)