Dunia

Go Eat Malaysia : Secara Rasmi Akan Dilancarkan Pada Awal 2020

Go Eat Malaysia adalah sebuah platform tempahan makanan atas talian konsep sama seperti yang sedang hangat di pasaran sekarang cuma perbezaannya semua yang jenis berjiwa tukang masak boleh sertai menjadi sebahagian vendor.



Buat masa ini sebarang maklumat berkaitan memang banyak kami tidak tahu kerana ia masih dalam fasa ujicuba sebelum dipamerkan secara rasmi manakala apa yang kami lihat ia juga sudah aktif segi pemasaran melalui media sosial terutama dalam kumpulan rider.


Tema warna yang dipilih pula adalah bewarna kuning mungkin ingin menunjukkan kuning diraja Malaysia tapi ini hanya andaian kami yang tidak tepat kerana ada satu jenama bentuk lebah pun menggunakan warna yang seakan sama.



Konsep tempahan yang akan diguna pakai pula buat masa ni kami masih belum dapat tahu kerana tiada sebarang jemputan untuk penggunaan app tahap (beta).


Namun pada pandangan mata kasar besar kemungkinan ia menggunakan konsep yang sama seperti yang ada sekarang iaitu menyediakan gambaran setiap hidangan dalam restoran dan memaperkan didalam aplikasi seterus rider akan ambil dari point A(penyedia) dan hantar ke point B(pelangan).


Diatas ini adalah lokasi ibu pejabat Go Eat Malaysia yang bakal beroperasi sepenuh pada awal tahun depan, kami dapat sedikit sebanyak maklumat bahawa rangkaian Go Eat akan bermula dari kawasan Cyberjaya dan seterusnya akan baru merebak ke seluruh lembah klang mengikut peratusan permintaan pelangan dan jumlah rider.


Selanjutnya akan kami kemaskini semula jika dapat maklumat yang baru akan app tempahan makanan buatan Malaysia ini dimasa hadapan, kepada rider sejati sila sertai kumpulan di Facebook.


Laman Web

https://go-eat.com/


Twitter

https://twitter.com/goeat_my


Facebook

https://www.facebook.com/goeatmalaysia/


Komuniti Rider

https://www.facebook.com/groups/765392353866113/


Pendaftaran Rider Go Eat

https://go-eat.com/goeat/riderform


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)