Dunia

Ulasan Telefilem Malam Tahlil Suhaila Balik (Astro Citra)

Jalan kisah cerita ini dikatakan di inspirasi daripada kisah benar, dimana mayat isterinya kembali ke rumah pada malam tahlilnya dan orang ramai kelam kabut berlari keluar.



Diatas ini adalah babak yang mampu menarik orang ramai untuk menonton telefilem ini dan hasilnya memang membosankan kerana jalan cerita yang sungguh perlahan kerana banyakk dialog cinta antara pelakon utama iaitu Hisyam Hamid dan Uqasha Senrose.


Kami perasan dalam perjalanan cerita ini langsung tidak menggunakan khidmat pertolongan dari orang kampung atau ustaz untuk menghalau gangguan syaitan yang dipuja dari salah seorang ahli keluarganya.



Ada sepasang pasangan mungkin anaknya kepada Wan Maimunah dalam telefilem ini yang pada kami sungguh tidak berfungsi dan kekurangan dialog, kata orang untuk mengisi kekosongan dalam cerita sahaja.


Pelakon utama yang menjadikan filem ini hidup antaranya Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Wan Maimunah, Liza Abdullah, Zarynn Min dan ramai lagi. Tapi yang betul membawakan watak sudah semestinya otai Wan Maimunah dan Liza Abdullah dari segi gaya lakonan memang menjadi walaupun agak lawak.


Trademark Wan Maimunah menghalau gangguan adalah bibir terkumit-kumit seperti membaca doa dan sekaligus tepuk lantai rumah sebanyak tiga kali. Pada mulanya kami fikir apakah kene mengena dengan lantai rumah kayu tu buat sakit tangan, tapi bila teringat berdasarkan kisah benar dan berfikiran positif ketika menonton filem melayu mungkin ia boleh dijadikan salah satu teknik menghalau gangguan dalam telefilem tersebut.



Dalam kisah seram malaysia tidak sah tiada punca betul? haa dalam telefilem ini yang menjadi punca adalah Liza Abdullah sebagai mak kepada Uqasha Senrose yang membuat perjanjian bersama syaitan iaitu uri cucu dia sebagai cagaran.


Cerita ini boleh jadi panjang dan perlahan hanya kerana flash back atau kisah semula awal-awal pasangan suami isteri ni bercinta, jadi kami dapati ia sangat membosankan kerana terlalu panjang untuk kita ketahui apa masalahnya.


Rupanya masalahnya cuma maknya yang dilakonkan oleh Liza Abdullah kerana gagal menunaikan perjanjiannya bersama syaitan disebabkan kematian nak perempuannya.


Dan paling rare Hisyam Hamid sebagai suami si mati boleh pula menyembang dengan roh bini dia sampai boleh tahu punca ini semua dari kakak dia dan maknya. Apa yang kami tahu menurut Islam jika kita bercakap dengan roh si mati itu tandanya sedang bercakap dengan syaitan tapi dalam cerita ini seolah-olah boleh jadi pasangan pula antara dua alam sehingga selesai cerita.


Akhir sekali dari anak hingga maknya mati atau senang cerita anak beranak mati, sorang kena langgar kereta kakak dia pula kena bunuh dengan maknya begitu pula maknya dibunuh oleh syaitan serta lakinya si mati terpaksa mengikut cakap neneknya menghantar pulang mayat bini dia dengan cara membelakangi mayat.


Share this:

Catat Komen

 
Hakcipta © 2017- Redahjer.com | Dimiliki Oleh Dimensi Teknologi Bumi Niaga(1859511-H)